My Affan ......will complete 2039 soon ....

 


                                      “MY AFFAN’ adalah sebuah novel berdasarkan

KISAH BENAR persahabatan aku dengan Affan bin Abdullah.

 

Aku menulisnya sejak tahun 2010 dan hingga

sekarang belum siap,lantaran aku juga menulis

banyak buku,novel lain dan sebagainya.....

 

Tarikh 23 September 2021,Affan meninggal dunia dengan mengejut.10 hari kemudian,ayahnya

Haji Abdullah meninggal dunia.

 

  Aku amat SEDIH .Jangkaan aku novel ini sempat

dibaca oleh Affan namun ALLAH SWT lebih

menyayanginya....

 

  Rancangan aku bersamanya melancong ke

 Thailand,Kemboja dan Vietnam pada Disember 2022 hanya tinggal impian.Aku merancang dan

mengumpul wang sejak tahun 2015 .Kali terakhir

kami bertemu pada 2 Syawal 2017 di gerai makan

Kota Bharu Kelantan.Kami berbual hampir sejam

tentang kenangan remaja,famili,bisnes DLL .

Kemudian aku ke hotel dengan anak keempat aku bernama NUR AS SYAHIRAH yang ketika itu

berusia 10 tahun .

 

 

  Aku menulis dairi sejak usia 10 tahun dan

pastinya banyak memori suka duka aku tulis.

 

  Perkenalan kami sejak remaja hinggalah kami dewasa.Ada manis,pahit,payau,lemau dan

sebagainya.

 

  Di sini aku kongsikan beberapa sikap dan kisah Allahyarham yang aku kenali sejak usia aku

15 tahun .

 

1.Affan adalah seorang DERMAWAN.Ketika aku

tinggal di KL dan berdepan masalah kewangan kerna

bisnes merudum,Affan memberikan RM500.Ketika itu,aku nak beli beras dan susu anak pun tiada.Wang

itulah modal bisnes hingga aku bangun semula setelah bertahun-tahun bisnes jatuh.

 

Beberapa tahun kemudian aku ke Kelantan dan

berikan cek RM1000 dan dia mengoyaknya.Dia SMS

“Aku dah koyak cek kau bagi aku.Aku hadiahkan RM500 dan jangan ungkit lagi.Aku

ikhlas membantu.Doakanaku sihat dan umur panjang cukuplah”.

 

 

 

 

2.Ketika zaman remaja,sekali sekala pada hari

Khamis atau Jumaat ,Affan akan datang ke rumah sewaku dan jemput aku bermalam di rumahnya.Kami akan mendengar lagu,menonton filem,berbual dan membuat kerja sekolah.

 

Affan selalu menyuruh aku tidur di katilnya dan dia tidur di bawah sekali sekala.Katanya “Kau tetamu aku,takkan kau kena tidur bawah?’.

 

 

3.Kami pernah berselisih faham ketika remaja dan Affan selalu MENGALAH.Dia datang ke rumah

sewaku dan memujuk “Sampai bila kita nak

berdiam?Takkan aku nak cakap

sorang-sorang???.Lantas dia hulurkan tangan dan aku bersalam serta meminta maaf.

 

4.Aku menghantar Affan hingga ke KELANA JAYA ketika dia mahu mengerjakan fardhu haji .Kami

berpelukan dan air mataku jatuh.Itulah kali pertama

aku menangis erpisah sementara dengan dia .

 

5.Ketika aku ke LUAR NEGARA,aku menghantar

sumbangan dan niatkan pahala kepada Affan,

ibu-bapanya dan datok neneknya tanpa pengetahuan Affan ketika dia masih hidup.

 

 

6.Affan memiliki rumah sendiri ketika masih

BUJANG dan kami selalu bersama di rumahnya

berdua.Ketika itu Affan melukis batik dan mendapat

pendapatan RM80 sehelai.Kami jarang makan di

rumah,selalu makan di luar atau di rumah

ibu bapanya.

 

7.Pada 10 Oktober 2004,cerpen pertama aku HUJAN EMAS keluar akhbar BERITA HARIAN dan nama watak dalam cerpen tersebut ialah AFFAN ....

 

8.Pada tahun 2003 ,aku BANGKRAP dan Affan

satu-satunya sahabat yang rajin bertanya khabar.

Malah Affan menjemputku tinggal bersamanya

selama dua minggu.

 

9.Pada tahun 2007,buku aku bertajuk REMAJA

POSITIF terbit dan aku abadikan nama Affan dalam buku tersebut .Buku itu BEST-SELLER .

 

10.Pada tahun 2017,Affan menggunakan firman Allah SWT bermaksud “Setiap jiwa pasti MATI” sebagai wallpaper FB.Sejak itu aku sentiasa bertanya khabar melalui telefon,SMS dan Whatsapp.

 

 

 

11.Pada tahun 2012 aku berdepan dengan kes

mahkamah dan Affan yang rajin memberi nasihat dan motivasi.Alhamdulillah aku menang kes tersebut .

 

12.Affan sentiasa menasihat aku berkaitan

SYUKUR,REDHA dan QANAAH sejak kami remaja hinggalah dewasa.

 

13.Affan adalah guru pertama aku bermain gitar .

Kami bermain gitar pelbagai lagu rock kapak.

 

14.Affan lah sahabat yang sentiasa membawaku ke

klinik bila demam .Malah membayar bil klinik tanpa aku pinta.

 

15.SMS dari Affan yg amat meruntun jiwaku pada

tahun 2012

 

                                                       “Saat,

  aku bukanlah seorang teman yang sempurna,namun hargailah ketika aku masih ada...

Jangan luahkan kepada manusia,namun luahkanlah di atas sejadah ketika

 bertahajjud..Wassalam”

Comments